Tentang Produk

Pada tradisinya, tempat menyimpan songkok dipanggil kotak songkok bertujuan untuk menyimpan songkok yang telah diegunapakai namanya oleh masyarakat Melayu Nusantara hampir 100 tahun. Dengan peredaran zaman dan kehendak masyarakat semasa, kotak songkok kini berwajah baru.

Kotak songkok atau beg songkok yang direka khas oleh pereka-pereka dari House of Zeb Khalid ini adalah satu produk terkini bagi menyimpan songkok agar ianya sentiasa terpelihara, kelihatan baru dan menghindarnya daripada menyerap habuk dan ianya adalah sesuatu yang sangat praktikal serta bergaya untuk dibawa kemana jua.

Songkok yang tidak dijaga dengan rapi dan berhabuk menjejaskan kredibility seseorang. Ia mencerminkan perilaku yang kurang sopan terhadap diri dah juga takhta (kepala) si pemakainya.

Dengan menyimpan songkok didalam kotak atau beg istemewa kami yang dikhaskan untuk memaparkan rasa hormat dan gaya penampilan yang unggul serta penampilan kehebatan keperibadian diri seseorang.

Sudah pastinya anda akan kelihatan amat berkeyakinan, bergaya dan kemas apabila membawa atau menyimpan songkok didalam kotak atau beg yang diereka khas ini.